a

2
Komen

Perlu ke jadual, schedule ??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulliah, got chance to write here..
Hari ini nak berkongsi dengan semua pasal jadual a.k.a. timetable a.k.a. schedule..
Ikut la ampa nk panggil apa pun..

Mungkin bagi setengah individu, cukup x suka dgn 'benda' nie...
Mungkin bila bercakap tntng timetable, dh terbayang dah dlm kepala, kotak-kotak yang berwarna-warni...ala mcm yg SYED buat tue...hehe

Ada manusia yang x suka dengan ENCIK TIMETABLE sebab rasa hidup dy TERKONGKONG lagi x BEBAS...konon ENCIK TIMETABLE membuatkan dy kelihatan childish and bla..bla..hanya bdak sekolah ja pkai mcm tue...
Dan pelbagai alasan lagi lah kan..

Tapi, sebenarnya ENCIK TIMETABLE inilah yang sebenarnya 'mengatur' lagi 'menguruskan' hidup kita taw...supaya always smooth...ENCIK TIMETABLE yang cuba saya bawakan ni bukanlah mcm jadual sekolah or jadual bersihkan kelas dan sebagainya yg mungkin anda sdg byangkan..

ENCIK TIMETABLE yang dimaksudkan adalah yang bersifat 'FLEKSIBEL'. FLEKSIBEL yang berprinsip...

Anda boleh menampalnya di meja tulis atau di mna2 shja yg anda selesa.
Dan bagi yg alergik dgn jadual bertampal, boleh ja nak tampal dalam MINDA bestari anda itu :)


Kenapa khidmat ENCIK TIMETABLE ini amat diperlukan??

Kita memerlukan ENCIK TIMETABLE kerana  manusia sesungguhnya berada dalam kerugian. KERUGIAN!!

Bukankah ALLAH taala telah berfirman :

' Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian' (Surah al-Asr 103;1-2)


Mereka yang tidak RUGI adalah mereka yang megisi masa dengan perkara yang Allah redha. 


' Kecuali, mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan pula kepada kesabaran'
(Surah al-Asr 103; 3)

Manusia sentiasa dalam kerugian. Masa yang berlalu x akan mampu diganti dan x akan kembali. Banyak masa lapang kita, kita salurkan ke arah perkara yang tidak berfaedah.

Kadang2 kita menghabiskan masa satu jam borak2, walhal slide presentation satu habuk blum buat.
Kita sibuk itu dan ini tanpa arah tuju dan matlamat yg jelas..
Kita aulakan yg kurang penting dri yg the most important..

Kita acap kali terlepas pandang benda yang penting... Banyak main..
Kerana Inche Otak kata, relax laaa..esok ada kan..sempat lagi nk wat...
Yang pasti, kadang2 24 jam sehari itu brlalu tnpa ada significant nya..
Sungguh, kita manusia yang RUGI!!

OLEH ITU, 
Ayuh para dai'e sekalian, aturlah rancanglah hidupmu. Aturlah masa 24 jam seharimu dengan sebaik-baiknya perancangan. 

Dalam kehidupan ini, masih banyak pekerjaan, tugas yang perlu dilaksanakan. 
Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum DIA menjemput pulang.
Orang yang berjaya adalah orang yang mengOPTIMUNKAN, MEMAKSIMAKAN penggunaan 24 jam sehari dalam hidupnya. 

Lihat saja pada cendekiawan Islam. Mereka mampu menguasai pelbagai cabang ilmu dan melakukan pelbagai perkara...
Masa mereka masih sama seperti kita.
24 jam sehari... Namun, lihat..
Apakah sumbangan mereka dlm pembinaan tamadun Islam [masuk skt eh bab TITAS]
x terkira banyaknya..
Allahurabbi...
Hebatnya mereka dlm mengaturkan kehidupan...

Para mujahidin sekalian,
Dan jangan dilupa..
Ruang petak2 kosong dlm jadualmu itu
haruslah diisi dengan perkara-perkara yang ALLAH redha..
bukankah matlamat hidupmu utk mengapai MARDHATILLAH??

Maka, 
para mujahidin sekalian,
'JADUALKANLAH' hidupmu, hartamu, ilmumu
dengan perkara-perkara yang DIA redha..

Salam mujahadah buat para mujahidin sekalian...
Selamat beramal...

MOGA ALLAH REDHA




p/s~ Cedok idea dr buku BATU-BATA KEHIDUPAN
its a long entry..
I can't make it short..
Peace.Smile.

BY: Nurul Ain binti Ahamad Shabudin..
       







..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

2 comments:

  1. betul2...khalifah Umar Abd Aziz yang memerintah lebih kurang 2 tahun tu pun mampu mentadbir dan membuat pembaharuan yang banyak dalam dunia islam..kita ni....24 jam sehari pun akan rasa tak cukup kalau kita tak pandai manfaatkan..kan?ish..ish...

    ReplyDelete

Copyright© All Rights Reserved ! Official Blog of Pai 1 ! at ipgkdripaisatu.blogspot.com