a

0
Komen

Siswa Guru Pai 1



Abdul Wafi Billah Bin Mohd Sobri
Kuala Terengganu, Terengganu
24 Ogos 1992


Ahmad Tajulhakim Bin Razally
Tanjong Keling, Melaka
06 April 1993


Asyraf Hakimi Bin Budin
 Pasir Puteh, Kelantan
 17 Ogos 1992


Mohamad Farhan Bin Abdullah
Alor Setar, Kedah
09 Februari 1993


Muhammad Alimin Bin Abd. Wahid
Pasir Puteh, Kelantan
26 Mei 1993


Muhammad Faiz Bin Mohammad Aziz
Rantau Panjang, Kelantan
28 Februari 1993


Muhammad Zulfaqar Bin Mohd Isa
Johol, Negeri Sembilan
09 September 1993


Syed Fahmi Akmal Bin Syed Isa
Alor Setar, Kedah
06 Julai 1993


Zuladli Bin Abd Aziz
 Sg Besar, Selangor
 05 Jun 1993


Azimah Binti Abdul Ghani
Alor Setar, Kedah
18 Mei 19993


Faizah Zakiah Binti Jumaat
Cha ah, Johor
06 Mac 1992


Farhah Nabilah Binti Mohd Khalil
Johor Bahru, Johor
22 Mac 1993


Natasha Binti Nik Kamaruddin
Besut, Terengganu
02 Jun 1993


Nor Akmal Binti Mohamad
Besut, Terengganu
11 September 1993


Nur Adilah Binti Abd Jalil
Batu Pahat, Johor
03 Mei 1993


Nur Amalina Binti Norisham
 Johor Bharu, Johor
 07 April 1993


 Nur Asnida Binti Mohd Suhaidi
 Pasir Puteh, Kelantan
 22 Jun 1993


Nur Farhana Binti Azhar.
 Sik, Kedah
 25 Mac 1993


Nur Syafiqah Binti Adam
 Batu Pahat, Johor
 03 Julai 1993


Nur Syafiqah Binti Mohd Fauzi
 Ketereh, Kelantan
 23 Disember 1993


Nurul Ain Binti Ahamad Shabudin
 Gurun, Kedah
 31 Disember 1993


Siti Nur Syaqira Binti Mohd Zain
Besut, Terengganu
17 Disember 1993


Siti Sarah Binti Walid
Ipoh, Perak
13 Mac 1993
..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

0
Komen

Ighfirlana Ya Samia' Dua'na~


BICARA SAHABAT 2

DAIE MUDA (PENYAMPAI)         :   ASYRAF HAKIMI BIN BUDIN
TAJUK                                              : TAUBAT
  • Kita akan Kekal terhalang menuju kepada Allah sekiranya tahap pertama iaitu taubat tidak dilepasi.
  • Nekad dan berazam tidak mengulangi maksiat yang dilakukan.
  • Orang itu mahu dekat diri kepada Allah tapi Allah tidak terima ibadat sebab ibadat mestilah suci daripada dosa.
  • Cth : sebelum membuat Haji mesti mohon maaf sebelum ke tanah suci
  • Mengapa kita perlu membuka aib orang lain walhal Allah menutup aib orang lain??
  • Orang yang gagal bertaubat itu bermakna seseorang itu masih rindu akan maksiat.
  • Orang yang memberi hadiah kepada Raja yang mengandungi cenderahati dan bercampur dengan najis lipan,lipas dan sebagainya.Inilah keadaan orang yang melakukan ibadat dalam keadaan berdosa.
  • Firman Allah Taala dalam Surah As-Sajadah ayat 12 :
"Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".

  • Selesa melakukan maksiat dalil kita sangat jauh dengan Allah Taala.
  • Taubat terbuka kepada sesiapa sebelum nyawa kita diambil Allah.
Maaf atas kekurangan pencatat. :)
~ al-faqir
..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

0
Komen

Lahirnya Sebuah Cahaya


SIRAH KELAHIRAN RASULULLAH SAW

Awan gelap Jahiliyah telah menutupi sepenuhnya Jazirah Arab. Perbuatan buruk dan haram, perang berdarah, perompakan, dan pembunuhan bagi memusnahkan seluruh kebajikan telah menyebabkan masyarakat Arab berada dalam situasi yang hina dan penuh kederhakaan. Pada waktu itulah muncul bintang pagi kemakmuran; suasana gelap itu kini disinari kelahiran Nabi Suci yang dinanti-nantikan. Mulalah langkah awal menuju pembangunan peradaban, kemajuan, dan kemakmuran bagi bangsa terbelakang ini. Segera cahaya ini menyinari seluruh dunia; asas-asas pengetahuan, kearifan, dan peradaban pun diletakkan.
Setiap lembaran kehidupan orang-orang besar layak dikaji dan diteliti dengan cermat. Kadang-kadang keperibadian seseorang demikian besar dan agung sehingga seluruh tahap kehidupannya, bahkan masa bayi dan kanak-kanaknya, menjadi misteri. Kehidupan orang-orang cerdas, pemimpin masyarakat dan pelopor kafilah peradaban, biasanya menarik dan mengandungi peristiwa-peristiwa aneh dan menakjubkan. Sejak lahir hingga mati, kehidupan mereka mengandungi misteri. Masa kanak-kanak dan remaja orang besar sungguh mengagumkan dan ajaib.
Taurat dan Al-Quran menggambarkan masa kanak-kanak Nabi Musa sebagai penuh misteri, dengan menyebutkan, “Ratusan anak tak berdosa dipancung supaya Musa tidak dilahirkan. Namun, kerana Allah menghendaki kemunculannya di dunia, maka bukannya musuhnya berbuat jahat kepadanya, malah Fir’aun sendiri, musuh terbesarnya, menjadi pengasuhnya.”
Al-Quran merakamkan, “Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu (ibu Musa) suatu ilham, iaitu, Letakkanlah ia (Musa) di dalam peti, kemudian lemparkanlah ke dalam sungai (Nil), maka pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh musuh-Ku dan musuhnya (Fir’aun).” Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang-Ku, supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku. (Iaitu) ketika saudaramu yang perempuan berjalan lalu ia berkata (kepada keluarga Fir’aun), “Bolehkah saya menunjukkan kepadamu orang yang akan memeliharanya?” Maka Kami mengembalikanmu kepada ibumu, agar senang hatinya dan tidak berduka cita …..”(Surah Thaha : 38-40)
Masa kehamilan, kelahiran, dan pengasuhan Nabi Isa bahkan lebih ajaib lagi. Al-Quranul Karim menuturkan masa pertumbuhan Isa sebagai berikut:
“……Kami mengutus roh Kami (Malaikat Jibril) kepadanya (Maryam), maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna. Maryam berkata, ‘Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa.’ Ia (Jibril) berkata, ‘Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci.’ Maryam berkata, ‘Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki yang suci padahal tidak ada seorang manusia pun yang menyentuhku, dan aku bukan pula seorang penzina.’ Jibril berkata, ‘Demikianlah. Tuhanmu berfirman, “Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar dapat Kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami, dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan.”
“Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti serta terlupakan.’ Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka minum, makan, dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar untuk berpuasa demi Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.”
“Lalu Maryam membawa anak itu kepada kaumnya. Kaumnya berkata, ‘Hai Maryam, sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang amat mungkar. Hai saudara perempuan Harun, ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah penzina.”
“Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata, ‘Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan?”
“Berkatalah bayi itu (Isa), ‘Sesungguhnya aku ini hamba  Allah. Dia memberiku Alkitab dan Dia menjadikan aku seorang Nabi.”(Surah Maryam : 17-30)
Bila orang yang beriman kepada Al-Quran dan Taurat, dan pengikut Nabi Isa, membenarkan fakta-fakta di atas berkaitan dengan kelahiran dua Nabi besar tersebut, seharusnya mereka tidak hairan terhadap peristiwa-peristiwa luar biasa yang menyertai kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kita ketahui dari sejarah dan hadis bahawa ketika Nabi Muhammad lahir, dinding istana Khosrow retak dan beberapa menaranya runtuh. Api kuil di Parsi padam. Tasik Sawah mengering. Berhala-berhala di Kaabah tumbang. Cahaya dari tubuh Nabi naik ke langit dan menerangi tempat-tempat yang dilaluinya. Anusyirwan dan pendita-pendita Zarahustra bermimpi yang menakutkan. Ketika lahir, Nabi suci itu sudah disunat dan pusatnya pun sudah dipotong. Saat lahir ke dunia, baginda berkata, “Allahu Akbar, Alhamdulillah, Dia-lah yang harus disembah siang dan malam.”
Semua keterangan ini disajikan dalam naskhah sejarah yang benar dan dalam koleksi hadis-hadis sahih.(Bihar Al-Anwar, XV, Bab 3, m.s. 231-248) Memperhatikan fakta-fakta menyangkut Nabi Musa dan ‘Isa, yang dikemukakan di atas, tak ada dasarnya untuk ragu dalam penerimaan kejadian-kejadian ini.
Tahun, Bulan, dan Tanggal Kelahiran Nabi Muhammad
Para penulis sirah (sejarah/biografi) Nabi umumnya sepakat bahawa Nabi Muhammad lahir di Tahun Gajah 570 M. Adalah pasti bahawa baginda kembali ke sisi Allah tahun 632 M. Bila saat itu usianya 62-63 tahun, bererti baginda lahir tahun 570 M.
Hampir semua ahli hadis dan sejarawan sepakat bahawa Nabi lahir di bulan Rabiulawal, walaupun mereka berbeza pendapat tentang tanggalnya. Ulama-ulama Ahlus Sunnah Wal Jemaah sepakat bahawa baginda lahir pada hari Isnin, tanggal 12 bulan yang sama.
Memberi Nama kepada Nabi
Hari ketujuh telah tiba. Seekor domba disembelih Abd al-Muttalib sebagai ungkapan rasa syukurnya kepada Allah. Sejumlah orang dijemput untuk menghadirinya. Di hari perayaan yang besar itu, dihadiri oleh kebanyakan orang Quraisy, ia menamakan cucunya “Muhammad”. Ketika ditanya mengapa ia menamakannya Muhammad padahal nama itu jarang dipakai orang Arab, ia menjawab, “Saya berharap ia terpuji di syurga mahupun di bumi.”
Dalam kaitan ini, Hasan bin Tsabit berkata, “Sang Khaliq mengambil nama Rasul-Nya dari nama-Nya sendiri. Dengan demikian, sementara Allah adalah Mahmud (terpuji), Nabi-Nya adalah Muhammad (patut dipuji). Kedua-dua kata ini diambil dari akar kata yang sama dan mengandungi makna yang sama pula”.
Pastilah bahawa ilham suci memainkan peranan dalam pemilihan nama ini, kerana walaupun nama “Muhammad” dikenali di kalangan orang Arab, hanya segelintir orang hingga waktu itu yang diberi nama yang sama. Menurut bancian yang pasti, yang dikumpulkan para sejarawan, hanya enam belas orang yang diberi nama ini sebelum Nabi.”
Hampir tak perlu dikatakan, semakin sedikit suatu kata digunakan, semakin kecil pula peluang salah faham tentang kata itu. Kerana Kitab-kitab Suci telah meramalkan kedatangan Islam berikut nama serta tanda-tanda rohaniah dan jasmaniah yang khusus dari Nabi, maka tanda-tandanya haruslah demikian jelas sehingga tidak muncul suatu kekeliruan. Salah satu tanda itu adalah nama Nabi. Penting bahawa nama itu harus dipakai oleh demikian sedikit orang sehingga tidak ada keraguan atas identitinya, khususnya bilamana sifat dan tanda-tandanya dicantumkan. Dengan begitu, orang yang kemunculannya telah diramalkan oleh Taurat dan Injil ini dapat dikenali dengan mudah. Al-Quranul Karim menyebut dua nama Nabi. Dalam surah Ali Imran ayat (138), Muhammad ayat (2), al-Fath ayat (29), dan al-Ahzab ayat (4), baginda disebut Muhammad, sedang dalam surah ash-Shaf ayat (6), baginda disebut Ahmad. (Perbezaan ini, sebagaimana dicatat sejarah, adalah kerana ibunda Nabi sudah menamainya Ahmad sebelum datuknya menamai Muhammmad).
Masa Menyusui Nabi
Nabi disusui ibunya hanya selama tiga hari. Selepas itu, dua wanita lain mendapat kehormatan menjadi ibu susunya.
a.  Suwaibah: wanita hamba sahaya Abu Lahab.
Ia menyusui Nabi selama empat bulan, dan kerap mendapat pujian Nabi dan isterinya yang soleh, Khadijah, sepanjang hidupnya. Setelah dilantik sebagai Nabi, Nabi berniat membelinya. Baginda mengirim seseorang menghadap Abu Lahab untuk mengadakan tawar-menawar, namun Abu Lahab menolak menjualnya. Bagaimanapun, Suwaibah menerima bantuan dari Nabi sepanjang hidupnya. Sekembalinya Nabi dari Perang Khaibar, berita kematian Suwaibah sampai kepada baginda. Tanda kesedihan terlihat di wajahnya. Baginda mencari putera Suwaibah, dengan maksud memberi bantuan, tapi baginda dilaporkan bahawa anak Suwaibah juga sudah meninggal lebih dahulu.
b. Halimah: puteri Abi Zuwaib dari suku Sa’ad bin Hawazan. Ia mempunyai tiga anak: Abdullah, Anisah, dan Syima’. Syima’ juga turut mengasuh Nabi.
Sudah menjadi kebiasaan, keluarga bangsawan Arab mempercayakan anak-anaknya kepada wanita penyusu. Biasanya para ibu susu itu tinggal di luar kota, sehingga anak-anak dapat dibesarkan di udara gurun yang segar serta tumbuh kuat dan sihat. Selain itu, di persekitaran gurun, anak-anak juga tak mudah ketularan penyakit seperti di kota Makkah. Mereka juga dapat belajar bahasa Arab di kawasan yang masih asli ini. Para penyusu suku Bani Sa’ad sangat terkenal di kawasan ini. Mereka mengunjungi Makkah pada waktu-waktu tertentu, lalu masing-masing membawa pulang seorang bayi.
Empat bulan selepas kelahiran Nabi, ibu-ibu penyusu Bani Sa’ad mengunjungi Makkah. Tahun itu mereka sedang mengalami kemarau yang teruk, sehingga sangat memerlukan pertolongan keluarga-keluarga bangsawan.
Bayi Quraisy yang baru lahir itu tidak mahu mengisap buah dada wanita penyusu mana pun. Kebetulan Halimah datang dan anak itu pun menyusu padanya. Keluarga Abd al-Muttalib sangat gembira. Abd al-Muttalib berkata kepada Halimah, “Engkau dari suku mana?” Jawabnya, “Dari suku Bani Sa’ad”. Lalu Abd al-Muttalib menanyakan namanya. Abd al-Muttalib sangat gembira mengetahui nama dan sukunya seraya berkata. “Bagus! Bagus! Dua kebiasaan yang baik dan dua sifat yang mulia. Yang satu kebahagiaan dan kemakmuran, dan yang lainnya kelembutan dan kesabaran.”
Masa Kanak-Kanak Nabi
Sejarah meriwayatkan bahawa kehidupan Nabi penuh peristiwa menakjubkan sejak masa awal masa kanak-kanak hingga kerasulannya. Semuanya mengandungi aspek kebesarannya. Keseluruhannya menunjukkan bahawa kehidupan Nabi tidaklah biasa.
Kini kita tampilkan dua kejadian dari sejarah hidup Nabi yang misteri dan ajaib. Bila kisah ini dihayati, maka ianya adalah meyakinkan kita tentang kebesaran dan kemuliaan Nabi SAW.
a.  Halimah berkata: “Ketika memikul tanggungjawab membesarkan bayi Aminah, saya memutuskan menyusui sang bayi di situ juga di hadapan ibunya. Saya masukkan puting buah dada kiri yang berisi susu ke mulutnya, tetapi si bayi lebih suka susu sebelah kanan. Padahal buah dada kanan itu tak ada susunya sejak kelahiran anak saya yang pertama. Kerana desakan si bayi, saya menyusuinya dengan sebelah kanan yang kosong itu dan, sebaik saja ia menghisap, sumber yang kering itu pun berisi penuh susu. Kejadian itu membuat semua yang hadir kehairanan.”
b.  Halimah juga mengatakan: “Sejak membawa Muhammad ke rumah, saya menjadi lebih makmur. Harta dan ternak saya meningkat.”
Kita dapati peristiwa serupa dalam Al-Quranul Karim berkaitan dengan Maryam (ibunda Nabi Isa). “Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak berguna serta terlupakan.’ Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyanglah pangkal pohon kurma ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.”(Surah Maryam : 23-25)
Memang terdapat perbezaan besar antara Maryam dan Halimah dari sisi kedudukannya, dan perbezaan serupa juga ada di antara dua bayi itu. Namun, jika martabat dan keunggulan peribadi Maryam menjadikannya memperolehi rahmat Ilahi, maka tidak mustahil kedudukan dan darjat si bayi Muhammad di kemudian hari menjadikan ibu susunya layak mendapat kurnia Allah.
Lebih jauh kita ketahui tentang Maryam dari Al-Quran. Kesucian dan kesolehannya telah mengangkatnya sedemikian rupa sehingga, “Setiap kali Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata, ‘Dari mana kamu memperolehi (makanan) ini?’ Maryam menjawab, ‘makanan itu dari sisi Allah.”(Surah Ali Imran : 37)
Berdasarkan ini, tidak seharusnya kita ragu akan kebenaran mukjizat Nabi, apalagi menganggapnya mustahil.
Lima Tahun di Gurun
Nabi tinggal selama lima tahun bersama suku Bani Sa’ad dan tumbuh sihat. Selama itu, ada dua atau tiga kali Halimah membawanya menemui ibunya.
Kali pertama Halimah membawanya kepada ibunya adalah ketika masa menyusuinya selesai. Namun, Halimah mendesak Aminah untuk mengembalikan anaknya kepadanya. Alasannya, anak itu telah menjadi sumber kurnia dan rahmat baginya. Alasan ibunya mengabulkan permintaan Halimah adalah lantaran wabak penyakit sedang melanda Makkah waktu itu.
Kali kedua Halimah membawa Muhammad ke Makkah bertepatan dengan datangnya sekumpulan pendita dari Etiopia di Hijaz. Mereka melihat anak itu di kalangan suku Bani Sa’ad. Mereka mendapatkan bahawa semua tanda Nabi yang akan datang sesudah Nabi Isa, sebagaimana disebutkan dalam Kitab-kitab Suci, ada pada anak itu. Kerana itu, mereka memutuskan untuk menguasai anak itu bagaimanapun caranya, dan akan membawanya ke Ethiopia, supaya negeri itu memperolehi kehormatan mempunyai Nabi.
Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran, tanda-tanda Nabi Muhammad telah diceritakan dalam Injil. Oleh itu, sangatlah wajar bila para pendita waktu itu dapat mengenali orang yang tanda-tandanya lengkap. Al-Quran mengatakan dalam kaitan ini. “Dan ingatlah ketika Isa Putera Maryam berkata, ‘Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (akan datangnya) seorang rasul sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).’ Tapi tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, ‘Ini adalah sihir yang nyata.”Suarh Ash-Shaf : 6.
Ada lagi ayat lain yang menunjukkan dengan jelas tanda-tanda Nabi Muhammad di dalam Kitab-Kitab Suci, dan orang-orang terdahulu mengetahui hal itu dalam Surah Al-A’raf : 157.

Salam Maulidur Rasul

..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

2
Komen

Perlu ke jadual, schedule ??

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulliah, got chance to write here..
Hari ini nak berkongsi dengan semua pasal jadual a.k.a. timetable a.k.a. schedule..
Ikut la ampa nk panggil apa pun..

Mungkin bagi setengah individu, cukup x suka dgn 'benda' nie...
Mungkin bila bercakap tntng timetable, dh terbayang dah dlm kepala, kotak-kotak yang berwarna-warni...ala mcm yg SYED buat tue...hehe

Ada manusia yang x suka dengan ENCIK TIMETABLE sebab rasa hidup dy TERKONGKONG lagi x BEBAS...konon ENCIK TIMETABLE membuatkan dy kelihatan childish and bla..bla..hanya bdak sekolah ja pkai mcm tue...
Dan pelbagai alasan lagi lah kan..

Tapi, sebenarnya ENCIK TIMETABLE inilah yang sebenarnya 'mengatur' lagi 'menguruskan' hidup kita taw...supaya always smooth...ENCIK TIMETABLE yang cuba saya bawakan ni bukanlah mcm jadual sekolah or jadual bersihkan kelas dan sebagainya yg mungkin anda sdg byangkan..

ENCIK TIMETABLE yang dimaksudkan adalah yang bersifat 'FLEKSIBEL'. FLEKSIBEL yang berprinsip...

Anda boleh menampalnya di meja tulis atau di mna2 shja yg anda selesa.
Dan bagi yg alergik dgn jadual bertampal, boleh ja nak tampal dalam MINDA bestari anda itu :)


Kenapa khidmat ENCIK TIMETABLE ini amat diperlukan??

Kita memerlukan ENCIK TIMETABLE kerana  manusia sesungguhnya berada dalam kerugian. KERUGIAN!!

Bukankah ALLAH taala telah berfirman :

' Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian' (Surah al-Asr 103;1-2)


Mereka yang tidak RUGI adalah mereka yang megisi masa dengan perkara yang Allah redha. 


' Kecuali, mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan pula kepada kesabaran'
(Surah al-Asr 103; 3)

Manusia sentiasa dalam kerugian. Masa yang berlalu x akan mampu diganti dan x akan kembali. Banyak masa lapang kita, kita salurkan ke arah perkara yang tidak berfaedah.

Kadang2 kita menghabiskan masa satu jam borak2, walhal slide presentation satu habuk blum buat.
Kita sibuk itu dan ini tanpa arah tuju dan matlamat yg jelas..
Kita aulakan yg kurang penting dri yg the most important..

Kita acap kali terlepas pandang benda yang penting... Banyak main..
Kerana Inche Otak kata, relax laaa..esok ada kan..sempat lagi nk wat...
Yang pasti, kadang2 24 jam sehari itu brlalu tnpa ada significant nya..
Sungguh, kita manusia yang RUGI!!

OLEH ITU, 
Ayuh para dai'e sekalian, aturlah rancanglah hidupmu. Aturlah masa 24 jam seharimu dengan sebaik-baiknya perancangan. 

Dalam kehidupan ini, masih banyak pekerjaan, tugas yang perlu dilaksanakan. 
Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum DIA menjemput pulang.
Orang yang berjaya adalah orang yang mengOPTIMUNKAN, MEMAKSIMAKAN penggunaan 24 jam sehari dalam hidupnya. 

Lihat saja pada cendekiawan Islam. Mereka mampu menguasai pelbagai cabang ilmu dan melakukan pelbagai perkara...
Masa mereka masih sama seperti kita.
24 jam sehari... Namun, lihat..
Apakah sumbangan mereka dlm pembinaan tamadun Islam [masuk skt eh bab TITAS]
x terkira banyaknya..
Allahurabbi...
Hebatnya mereka dlm mengaturkan kehidupan...

Para mujahidin sekalian,
Dan jangan dilupa..
Ruang petak2 kosong dlm jadualmu itu
haruslah diisi dengan perkara-perkara yang ALLAH redha..
bukankah matlamat hidupmu utk mengapai MARDHATILLAH??

Maka, 
para mujahidin sekalian,
'JADUALKANLAH' hidupmu, hartamu, ilmumu
dengan perkara-perkara yang DIA redha..

Salam mujahadah buat para mujahidin sekalian...
Selamat beramal...

MOGA ALLAH REDHA




p/s~ Cedok idea dr buku BATU-BATA KEHIDUPAN
its a long entry..
I can't make it short..
Peace.Smile.

BY: Nurul Ain binti Ahamad Shabudin..
       







..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

0
Komen

Ku Biar Kalam Berbicara


 BICARA SAHABAT 1

Pengerusi majlis      : Ahmad Tajul Hakim Bin Razally

Penyampai               :  Muhammad Alimin Bin Abd Wahid ,Nur Akmal Binti Mohammad ,Natasha Bin Nik Kamaruddin    dan Muhammad Zulfaqar Bin Isa.

Tajuk:  Sirah Nabawiyyah


  1. Sirah boleh dijadikan dalil umum dalam kehidupan.
  2. Bahagian pertama dalam buku Fiqh Harakah jilid satu diceritakan mengenai keadaan Orang Quraisy sebelum dibangkitkan Nabi.
  3. Masyarakat Arab Menyembah 3 Berhala utama
-          Mannat                     dihormati oleh Aus dan Khazraj
-          Al-Latta                     dihormati oleh orang Quraisy
-          Al-Uzza                     dihormati oleh orang Quraisy


Ke Mana Arah Ku??

Tajuk : Ujian Hidup

  1. Setiap orang akan  diuji oleh  Allah dan takdir manusia adalah berbeza.
  2. Sentiasa sabar hadapi musibah dan redha dan tujuannya adalah untuk menghapus dosa & naikkan martabat.
“Dunia Penjara Mu’min dan Syurga bagi orang Kafir”

Tajuk  : Solat

“sekiranya ada di tepi rumah kamu sebatang sungai sekiranya kamu mandi 5 kali sehari maka kotoran pada badan kamu akan hilang”


  1. Sebagai pendidikan,latih diri untuk solat jemaah.
  2. Jadi kita mari imarahkan Balai Islam Al-Muttaqin.

“solat jemaah itu lebih baik dengan 27 darjat”

Tajuk : Ilmu

1.    Sebagai guru kena banyak menuntut ilmu,membaca dan mendengar.
2.    Jangan malu untuk menuntut ilmu kerana kita akan berhadapan dengan masyarakat.
3.    Terus cakna ilmu,amalan dan sikap.

 “Menuntut ilmu itu wajib untuk sekalian mu’min”



Salam Maulidurrasul Sahabat-Sahabat
Jom Perbanyakkan Selawat =)


 p/s : jutaan kemaafan atas kekurangan pencatat

~ Al-Faqir

..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

3
Komen

Santai_Hidup Sederhana

Sudirman

Hidup sederhana

dengan izin ustaz suhaimi
^_^  
Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua


Orang biasa basikal tua

Orang biasa basikal tua


Walau kemana ia meminta

Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua


Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa



Biar pun hidup aku begini

Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu


Angan-angan ku disuatu masa

Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu


Orang biasa basikal tua



Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa




* Realiti hari ini, kita dapat tengok, orang yang berjawatan tinggi, berkereta besar, rumah bertingkat-tingkat, namun amat sedikit sekali yang tenang jiwanya. Manakala, orang yang hidup sederhana, saban hari berbasikal tua, boleh pula ketawa dengan riang hatinya. Siap punya teman comel dan manja (lirik lagu BASIKAL TUA) ^_^

MANA YANG LEBIH UNTUNG??


SENYUM SEINDAH SURIA ^_^




..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

0
Komen

Antara Impian & Ujian

“Apa impian kamu apabila dewasa kelak?”
“Sudah tercapai ke impian kamu?”

Setiap insan di muka bumi ini mempunyai pelbagai impian dan harapan yang tersendiri. Sedar atau tidak, impian inilah yang kadang kala memandu kita untuk mencapai apa yang kita mahu dan memberi semangat untuk seseorang itu meneruskan perjalanan sebagai daie Allah.

Impian yang sering kali kita harapakan kadang kala susah untuk kita laksanakan apatah lagi untuk dicapai. Sedangkan kita telah memiliki satu strategi dan pelan perlaksanaan yang begitu terperinci. Tetapi, mengapa kita masih gagal melaksanakannya? Cuba kita renung kembali, dimana kesilapan kita. Adakah kegagalan ini berpunca daripada kerapuhan strategi kita ataupun kerana sikap kita sendiri?

~untuk bacaan lanjut sila klik di sini : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4104-antara-impian-a-ujian.html ~
..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

0
Komen

KITA TERUS MELANGKAH KE HADAPAN

memang inilah kali pertama jari-jari ini memetik keybord bagi melakar satu coretan bagi mengisi ruang-ruang udara blog kelas ini. Memang pernah tergerak hati ini untuk memiliki blog sendiri, tapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksalah saya memendam rasa sendiri. Alhamdulillah, mungkin di laman blog kelas ini adalah platform pertama saya sebelum menjejakkan kaki di pentas ‘blog’ sendiri nanti. In shaa Allah.

Apabila minda tercari-cari, apakah yang mahu dicoretkan di laman blog ini nanti. Tangan pantas mencapai buku-buku nota lama, mata memerhati bingkisan coretan yang dilakarkan. Sehelai demi sehelai yang dibelek, terjumpa satu bingkisan yang telah ditulis pada 21 September 2012, bersamaan 5 Zulkaedah1433 . Dan mulalah saya memetik abjad-abjad di papan kunci dengan idea yang mulai timbul di kotak fikiran.

INNOCENT OF MUSLIM ~ ~ filem yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.


Astaghfirullah..betapa beraninya orang kafir mengeluarkan filem sedemikian, yang dengan jelas menghina Nabi Muhammad s.a.w., menunjukkan bagaimana umat Islam hari ini. Orang kafir dengan beraninya menghina Rasulullah s.a.w. [reflect diri]. Aku mahu lahirkan generasi Islam yang hebat. Sangat sedih apabila mendengar kenyataan Yusuf Islam (Cats Steven), “Aku bersyukur aku masuk Islam kerana kenal Islam itu sendiri bukan kerana orang Islam”. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa bagaimana peribadi dan pembawakan orang Islam itu sendiri. Sikap ini adalah berpunca daripada mengambil dan mengamalkan Islam hanya separuh sahaja, tidak secara keseluruhannya. 

Kita sebagai umat Islam harus sedar, kita ini duta. DUTA ISLAM. Sedih apabila melihat orang bukan Islam yang mengamalkan ajaran agama kita. Dengan peribadinya, akhlaknya, kebersihannya, cara bekerjanya, tabiat menuntut ilmunya. Kita harus bangkit dengan melalui jalan yang ditetapkan syariah. Bukan terus bertikam lidah hanya kerana perkara-perkara furuq. Tapi, kita harus bersatu menegakkan kalam suci. Hidup dengan berteraskan Al-quran dan al-sunnah dalam kehidupan. Sungguh hebat ajaran Islam. Lihat, apa yang Allah s.w.t. bagi kepada kita? Dia bagi al-Quran bagi menjelaskan perihal-perihal dalam Islam, dan turut mengutuskan Rasul-Rasul dan Nabi-nabi untuk panduan umat Islam dari sudut amali.

Justeru, kita perlu membuka mata dan lakukan anjakan paradigma bagi menaikkan imej Islam di mata dunia.  Salah satu caranya adalah dengan menuntut ilmu. Teringat akan satu kata-kata daripada seorang guru,”Ilmu itu lebih malu daripada anak dara. Jadi, datangilah ilmu”. Setelah ada ilmu, jangan pula lupa untuk beramal. Memang tidak dinafikan untuk beramal dengan ikhlas memang banyak cabarannya. Iblis laknatullah sering mencari ruang dan peluang bagi menghasut anak Adam, lebih-lebih lagi yang ingin melakukan kebaikan.

[TIPS]
Satu tips yang amat beharga yang saya dapat daripada satu pengajian, untuk mengelakkan syaitan mengganggu keikhlasan kita adalah dengan “lawan”. Bagaimana caranya?? Sebagai contoh, kita bersedekah RM50, dan tiba-tiba kita melihat rakan kita hanya sedekahkan RM10 sahaja, maka datang hasutan syaitan, dan mulalah kita berkata pada diri,  “rugi aku sedekah banyak-banyak.” Apabila adanya mind set sedemikian, kita kena tambah lagi duit yang kita ada pada waktu itu. Biar lebih dari RM50 yang telah disedekahkan tadi. Syaitan akan rasa takut nak ganggu kita nanti. Sebab dia dah tahu, “kalau aku ganggu si ‘dia’ ni, dia akan tambah lagi banyak. Point yang nak disampaikan adalah kita perlu LAWAN. Fighting!! 

Fighting !!!
Indahnya Islam, ayuh kita cari keindahan Islam yang banyak, di sana-sini,
untuk sama-sama meningkatkan diri menuju Ilahi.


[SITI NOR SYAQIRA BINTI MOHD ZAIN]
[saturday, 12 jan 2013/29 safar 1434]



..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

Copyright© All Rights Reserved ! Official Blog of Pai 1 ! at ipgkdripaisatu.blogspot.com