a

0
Komen

KITA TERUS MELANGKAH KE HADAPAN

memang inilah kali pertama jari-jari ini memetik keybord bagi melakar satu coretan bagi mengisi ruang-ruang udara blog kelas ini. Memang pernah tergerak hati ini untuk memiliki blog sendiri, tapi atas sebab-sebab tertentu, terpaksalah saya memendam rasa sendiri. Alhamdulillah, mungkin di laman blog kelas ini adalah platform pertama saya sebelum menjejakkan kaki di pentas ‘blog’ sendiri nanti. In shaa Allah.

Apabila minda tercari-cari, apakah yang mahu dicoretkan di laman blog ini nanti. Tangan pantas mencapai buku-buku nota lama, mata memerhati bingkisan coretan yang dilakarkan. Sehelai demi sehelai yang dibelek, terjumpa satu bingkisan yang telah ditulis pada 21 September 2012, bersamaan 5 Zulkaedah1433 . Dan mulalah saya memetik abjad-abjad di papan kunci dengan idea yang mulai timbul di kotak fikiran.

INNOCENT OF MUSLIM ~ ~ filem yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.


Astaghfirullah..betapa beraninya orang kafir mengeluarkan filem sedemikian, yang dengan jelas menghina Nabi Muhammad s.a.w., menunjukkan bagaimana umat Islam hari ini. Orang kafir dengan beraninya menghina Rasulullah s.a.w. [reflect diri]. Aku mahu lahirkan generasi Islam yang hebat. Sangat sedih apabila mendengar kenyataan Yusuf Islam (Cats Steven), “Aku bersyukur aku masuk Islam kerana kenal Islam itu sendiri bukan kerana orang Islam”. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa bagaimana peribadi dan pembawakan orang Islam itu sendiri. Sikap ini adalah berpunca daripada mengambil dan mengamalkan Islam hanya separuh sahaja, tidak secara keseluruhannya. 

Kita sebagai umat Islam harus sedar, kita ini duta. DUTA ISLAM. Sedih apabila melihat orang bukan Islam yang mengamalkan ajaran agama kita. Dengan peribadinya, akhlaknya, kebersihannya, cara bekerjanya, tabiat menuntut ilmunya. Kita harus bangkit dengan melalui jalan yang ditetapkan syariah. Bukan terus bertikam lidah hanya kerana perkara-perkara furuq. Tapi, kita harus bersatu menegakkan kalam suci. Hidup dengan berteraskan Al-quran dan al-sunnah dalam kehidupan. Sungguh hebat ajaran Islam. Lihat, apa yang Allah s.w.t. bagi kepada kita? Dia bagi al-Quran bagi menjelaskan perihal-perihal dalam Islam, dan turut mengutuskan Rasul-Rasul dan Nabi-nabi untuk panduan umat Islam dari sudut amali.

Justeru, kita perlu membuka mata dan lakukan anjakan paradigma bagi menaikkan imej Islam di mata dunia.  Salah satu caranya adalah dengan menuntut ilmu. Teringat akan satu kata-kata daripada seorang guru,”Ilmu itu lebih malu daripada anak dara. Jadi, datangilah ilmu”. Setelah ada ilmu, jangan pula lupa untuk beramal. Memang tidak dinafikan untuk beramal dengan ikhlas memang banyak cabarannya. Iblis laknatullah sering mencari ruang dan peluang bagi menghasut anak Adam, lebih-lebih lagi yang ingin melakukan kebaikan.

[TIPS]
Satu tips yang amat beharga yang saya dapat daripada satu pengajian, untuk mengelakkan syaitan mengganggu keikhlasan kita adalah dengan “lawan”. Bagaimana caranya?? Sebagai contoh, kita bersedekah RM50, dan tiba-tiba kita melihat rakan kita hanya sedekahkan RM10 sahaja, maka datang hasutan syaitan, dan mulalah kita berkata pada diri,  “rugi aku sedekah banyak-banyak.” Apabila adanya mind set sedemikian, kita kena tambah lagi duit yang kita ada pada waktu itu. Biar lebih dari RM50 yang telah disedekahkan tadi. Syaitan akan rasa takut nak ganggu kita nanti. Sebab dia dah tahu, “kalau aku ganggu si ‘dia’ ni, dia akan tambah lagi banyak. Point yang nak disampaikan adalah kita perlu LAWAN. Fighting!! 

Fighting !!!
Indahnya Islam, ayuh kita cari keindahan Islam yang banyak, di sana-sini,
untuk sama-sama meningkatkan diri menuju Ilahi.


[SITI NOR SYAQIRA BINTI MOHD ZAIN]
[saturday, 12 jan 2013/29 safar 1434]



..لا الـه الا الله.. مالنـا رب ســواه

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved ! Official Blog of Pai 1 ! at ipgkdripaisatu.blogspot.com